MBSB

Malaysia Building Society Berhad ataupun singkatannya MBSB yang juga merupakan sebuah anak syarikat KWSP merupakan sebuah koperasi yang menawarkan pakej pinjaman peribadi (pinjaman MBSB) yang menarik terhadap kakitangan kerajaan, GLC dan badan berkanun. Antara pakej pinjaman yang popular di kalangan pelanggan kami adalah MBSB Waslah (had kelayakan pinjaman di antara 75%-80%). Pakej pinjaman peribadi ini merupakan salah satu faktor mengapa reputasi dan nama MBSB semakin dikenali oleh rakyat Malaysia. Antara ciri pinjaman MBSB Waslah adalah pemotongan 60% bagi 5 tahun pertama selepas permohonan diluluskan dan pemotongan 75%-80% bagi tahun ke 6 dan seterusnya. Pihak kami telah membantu menguruskan lebih daripada 5000 permohonan pinjaman dan overlap melalui pakej MBSB Waslah dan kadar kelulusan yang tinggi iaitu 95.7%.

Kelebihan Pinjaman Peribadi Melalui MBSB


  • Tidak memerlukan penjamin
  • Tiada cas yuran bulanan dikenakan
  • Blacklist di bawah RM 30,000 masih boleh memohon
  • Pemotongan 75%-80% hanya bermula pada tahun ke 6
  • Satu-satunya pakej pinjaman peribadi di Malaysia yang mempunyai had kelayakan 75%-80%
  • Skim terbaik untuk buat overlap bagi semua pinjaman lama dan menggabungkan kesemua pinjaman lama di bawah 1 akaun sahaja

Pihak kami tidak menggalakkan pelanggan untuk membuat permohonan pinjaman MBSB sebagai pinjaman baru. MBSB hanya sesuai bagi pelanggan-pelanggan yang sudah membuat pinjaman 60% daripada jumlah pendapatan yang sebenar.

Pakej Pinjaman Peribadi MBSB


Pakej Pinjaman MBSB

 

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Membuat Pinjaman


Perkara penting yang perlu dititikberatkan semasa mengisi borang permohonan adalah anda wajib mengisi borang dengan maklumat yang betul dan tepat. Segala maklumat yang ditulis dalam borang perlulah dibuat dengan menggunakan pen hitam bermata bulat. Anda juga perlu menulis tandatangan yang konsisten dalam borang yang telah diberi. Periksa maklumat yang telah ditulis buat kali kedua untuk memastikan ralat kesilapan tidak berlaku. Anda diwajibkan untuk meletak tandatangan di setiap muka surat borang MBSB (Peraturan ini dikuatkuasakan pada 1 Jan 2012). Pastikan tiada bahagian dalam borang yang tidak diisi. Memandang remeh perkara-perkara ini hanya akan menyebabkan kelulusan permohonan anda menjadi sukar. Untuk pengetahuan bakal pelanggan yang kami hormati, pihak pemprosesan kelulusan pinjaman MBSB menguruskan jumlah permohonan yang amat banyak pada setiap hari. Oleh sebab itu, adalah amat penting bagi anda untuk memastikan segala bahagian dalam borang permohonan diisi mengikut ketetapan yang telah dibuat.

Anda juga perlu menyertakan segala dokumen yang diperlukan semasa menghantar borang permohonan pinjaman MBSB. Senarai dokumen yang diperlukan adalah

  • 2 salinan kad pengenalan
  • Surat pengesahan majikan (pengesahan kerja)
  • Salinan slip gaji 3 bulan terkini (2 salinan bagi setiap slip gaji)
  • 1 salinan muka depan buku bank
  • Surat opsyen persaraan (pengesahan pilihan umur bersara)

 

Apakah Kelayakan Anda?

Setiap keperluan dan kelayakan individu dalam membuat pinjaman adalah berbeza antara satu sama yang lain. Untuk mengetahui apakah tahap kelayakan pinjaman anda, sila isi ‘borang semakan kelayakan’ yang terdapat di dalam laman web ini. Unit pemprosesan permohonan pinjaman kami akan menghubungi anda dan memberi khidmat perunding kewangan percuma berkaitan apakah pakej pinjaman MBSB yang paling sesuai untuk anda. Di bawah disenaraikan pakej-pakej pinjaman MBSB pada tahun ini.